Info Menafaat : Inilah 9 Amalan Hari Jumaat Yang Besar Ganjarannya.







9 AMALAN HARI JUMAAT YANG BESAR GANJARANNYA





HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu
hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah,
pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan
Adam alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi,
dan pada hari itu juga wafatnya Adam as, dan Allah mengurniakan satu
saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat. (HR. Ibnu Majah)





BERLAKUNYA LIMA PERISTIWA PENTING ALAM INI. Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya
Adam dan diturunkan ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari
Jumaat juga terdapat masa yang mana jika seseorang meminta kepada Allah
maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan pada hari
Jumaat juga akan berlakunya kiamat.
Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. (HR. Ahmad)





JUMAAT ADALAH ANUGERAH TERHEBAT! Demikian hebatnya hari Jumaat. Hayati hadith-hadith di atas kita dapat rasakan satu peluang yang maha hebat yang disediakan oleh Allah buat kita jambaNya. Doa
sayangkan hamba-hambaNya sebab itu disediakan ganjaran yang cukup hebat
segabai tanda anugerah, pemberian dan hadiah buat mereka yang payak
mendapatkannya.
Lakukanlah pasti Allah gadakan ganjaran dan luaskan kerahmatan juga
keselamatan di dunia malah yang lebih penting lagi kebahagiaan di aalam
sana nanti.





Saiyidul Aiyam. Jumaat
adalah hari yang cukup istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai
ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasululla s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Jumaat dinamakan sebagai Saidul Aiyam iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).





KITA UMMAH YANG TERPILIH. Allah
telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat
Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad.
Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita
datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat
yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.
(HR.Muslim)





HARI JUMAAT HARI YANG PENUH KEBAIKAN DAN AMAT BERKAT. Kita tahu bahawa Allah a.w.t. telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota yang suci lagi berkat; Dia juga menjadiukan dan memuliakan 3 buah masjid utama dalam Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa; Allah s.w.t. juga
menjadikan bulan Ramadhan Al-Mubarakah sebagai bulan paling mulia di
berbanding bulan-bulan yang lain dan dalam bulan ini juga disediakan
malam 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar sebagai hadiah terhebat dalam
hidup ummat Muhammad s.a.w;
Dia
juga menjadikan satu pertiga malam sebagai masa dan waktu yang paling
berkesan dan mustajab untuk munajat dan mendekatkan diri kepada Pencipta
dan Pemilik alam semesta;
demikian juga hari Jumaat, hari yang diangkat darjatnya sebagai 'Sayyidul Ayyam' iaitu penghulu bagi seluruh hari. Hari Jumaat ini adalah hari yang paling utama dan berharga buat kita
semua yang mana padanya disediakan sungguh banyak kebaikan, kemenangan,
peluang yang hebat untuk kita meraih pahala yang berganda-ganda!





KIAMAT NANTI JUGA PADA JUMAAT. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam A.S. diciptakan,
dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta
diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari
tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat
menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan
permintaannya. "(HR
.Muslim)





TAK BUAT RUGI ... Berikut adalah 11 amalan paling utama dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya. Bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh
meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang
mengabaikannya!





AMALAN PERTAMA: Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan
juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai
wangi-wangian dan memakai pakaian yang sebaik-baiknya.
Ibnu
Masud berkata, "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."






AMALAN KEDUA: Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari
Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga
matahari terbenam pada hari itu."





AMALAN KETIGA. Membaca Surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: "Sesiapa
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara
dua Jumaat."





AMALAN KEEMPAT. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksid: "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada
malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu
kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya
rahmat 10 kali)". (HR.Al-Baihaqi) Allah Taala
juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi) ". (QS.Al-Ahzab: 56)





AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan
dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh Abi Hurairah





AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang
mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan
datang." Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)





Manakala
sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat
adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w.
pernah
bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan
itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.
(HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).





AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka
yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat
berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada
terbabit dosa besar.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada masa kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor
ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah
memberi hadiah sebiji telur.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia
hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku
kehadiran malaikat. "





AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti
ulama 'berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua
khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan
khutbah kedua.
Ibnu
Qayyim Al-Jauzi berkata: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang
paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih,
pertama masa duduknya khatib sampai selesainya solat.
Kedua, sesudah Asar. Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.
(HR.At-Tirmidzi).





Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang
membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari
Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba
(Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada
Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya
kepadanya.
Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan ". (HR.Al-Bukhari dan Muslim)





AMALAN Kesembilan. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama berbanding sedekah pada hari-hari lain. Ibnu
Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada
enam hari lain seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan berbanding
bulan-bulan lain.
Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.






Sekian perkongsian ringkas daripada saya. Moga hari Jumaat kali ini lebih banyak manafaat dan kemenangan yang kita dapat berbanding hari-hari Jumaat yang sebelum ini. Mereka yang lebih baik dan lebih banyak amalannya sekarang berbanding hari-hari sebelumnya pasti diberikan Allah s.w.t. hidup yang tenang, kaya dan bahagia. Segala yang berlaku semasa di dunia dapat diharungi dengan penuh ketabahan dan mempunyai iman yang teguh. Sebagai balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. adalah bertemu denganNya dan dikurniakan syurga firdaus yang kekal kita di dalamnya buat selama-lamanya. InshaaAllah ... Wallahua'lam.





sumber:


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post