Sebagai
seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan
yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang
ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua
disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat
walaupun sudah baligh dulu ..
Alhamdulillah
hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya
dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada 'solat?
Ada
pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan
kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat
yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa "muda-muda dulu". Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai "waktu Allah", qadha "waktu kita"
Dari 'Aisyah r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka
baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. "(Muslim)
Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:
Solat Subuh:
"Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada 'kerana Allah Taala"
4. Solat Zuhur:
"Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada 'kerana Allah Taala"
5. Solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha 'kerana Allah Ta'ala
Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada 'kerana Allah Taala"
Solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada 'kerana Allah Taala"
Ada orang bertanya: Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak
sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu),
perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup
dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu
sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah
mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara
kedua adalah bagi yang tidak tahu secara terperinci berapa banyak yang
telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran
berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin
solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal dunia
sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat)
bagaimana?
Soal
jika meninggal dunia sebelum sempat mengqada kesemua solat itu,
semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf
dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat
dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah,
insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya .
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam .......
sumber:
