Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri.









Apakah
hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si
isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan,
hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada
anak si mati memberi ciuman terakhir.





ABDULLAH,





Ciuman
mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa
mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara
suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.





Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.





Ciuman
kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina
Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un
apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)





Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.





Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.





Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.





Tidak
sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah,
kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan
sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman
dihadapan orang ramai.







Sumber :


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post