Soalan : Bolehkah Anak Luar Nikah Di'Bin'kan Selain Dari Nama Abdullah? Ini Jawapannya.






soalan:





Ustaz,
jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkahwin
dengan lelaki yang mengandungkan dia, adakah anak itu masih di kira anak
luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan?
Adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut (yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah?





jawapan:





Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil daripada perkahwinan, tetapi hasil daripada zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).





Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:





"Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. bagi


penzina pula ialah al-Hajr "(HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)





Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu anak hanya boleh dinasabkan
kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang
melahirkan anak itu.





Berkata ulamak; apabila
seorang lelaki mempunyai seorang wanita sebagai isteri atau hambanya
(di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri / hamba itu
melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu,
maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan
anak itu perwarisan
dan undang-undang-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada
anak itu ada mirip / keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.





Adapun penzina pula, Rasulullah berkata "baginya al-Hajr". Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak:





Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.


Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak
baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.


Rujukan





Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha ', juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.


An-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.


Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.


Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil, Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin.





Wallahu a'lam


Jafri Abu Bakar Mahmoodi


Maahad Darul Faizin

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post