Sedekah
merupakan tindakan untuk memberikan bahan atau perkhidmatan dengan
tujuan meringankan beban atau membahagiakan hidup orang lain. Tidak hanya barangan dan wang, bahkan senyum pun sudah dinilai sebagai sebuah sedekah.
Tindakan ini merupakan amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Kerana selain dapat membantu sesama, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang tulus ikhlas melakukannya.
Ternyata, sedekah ini mempunyai berbagai macam keutamaan dan manfaat. Hal ini sesuai dengan janji Allah yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis. Lalu apa sajakah janji Allah kepada orang-orang yang bersedekah? Berikut ini ulasan lebih lanjut.
1. Sedekah dapat Menghapus Dosa
Janji
Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah bahawa
sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya. Hal ini tertera dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." [HR. Tirmidzi]
Akan tetapi, janji tersebut akan dipenuhi apabila sedekah itu disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan. Terlebih lagi apabila orang yang dengan sengaja melakukan maksiat seperti rasuah, memakan riba, mencuri. Mengambil hak anak yatim dan lain-lain, tidak berlaku sedekahnya
apabila ia bersedekah hanya bertujuan agar dosa-dosanya tersebut impas.
.
2. Mendapat Naungan di Hari Akhir
Tidak hanya dapat menghapuskan dosa, ternyata amalan sedekah juga dijanjikan akan mendapat naungan di hari akhir nanti. Rasulullah
SAW menceritakan mengenai 7 jenis manusia yang mendapat naungan di hari
akhir yang ketika itu tidak ada lagi naungan selain naungan dari Allah.
Salah satu jenisnya adalah mereka yang rajin bersedekah.
"Seorang
yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu
sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh
tangan kanannya." [HR. Bukhari]
3. Allah Melipatgandakan Pahala Orang yang Bersedekah
Janji Allah selanjutnya kepada mukmin yang rajin bersedekah adalah Allah akan melipatgandakan pahala bagi mereka. Hal tersebut sesuai dengan firman Allah Taala yang bermaksud:
"Sesungguhnya
orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki
maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik,
niscaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi
mereka pahala yang banyak." [QS. Al-Hadid ayat 18]
4. Terdapat Pintu Syurga yang hanya boleh Dimasuki Orang yang Bersedekah
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah bersabda: "Orang memberikan menyumbangkan dua
harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu
surga:" Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan "Jika ia
berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat ,
ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan
mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari
golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. "[HR. Bukhari dan Muslim]
5. Dapat membebaskannya dari Siksa Kubur
Selain mendapat syurga yang khusus, orang yang rajin bersedekah juga dijanjikan akan dibebaskan dari siksa kubur. Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur." [HR. Ath-Thabrani]
6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata
walaupun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah
tersebut mempunyai andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Jauhilah
api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak
punya, maka boleh dengan kalimah thayyibah" [HR. Bukhari dan Muslim]
Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedekah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
