Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam memerintahkan sesuatu, pastilah sesuatu itu baik bagi umatnya. Sebaliknya, jika beliau melarang sesuatu, pastilah sesuatu itu buruk bagi umatnya.
Namun, sering kali manusia tidak mengindahkan petunjuk dan larangan yang telah digariskan beliau. Banyak perintah yang tidak dipatuhi dan banyak larangan yang dilanggar. Di antaranya, dua larangan di bawah ini.
"Sesungguhnya aku melarang dua suara yang paling bodoh dan keji, yakni
suara seruling ketika sedang mendapat nikmat dan suara tangisan yang
keras ketika mendapat musibah" (HR. Tirmidzi dan Baihaqi; hasan) Suara
seruling ketika sedang mendapat nikmat
Alangkah sering hal ini dilanggar oleh umat Islam. Seakan-akan dianggap perkara yang biasa dan boleh-boleh saja. Padahal sesungguhnyaini dilarang Rasulullah dan digelari dengan paling bodoh dan keji.
Kita lihat pada masa keluarga muslim mendapat nikmat perkahwinan. Walimah yang seharusnya menjadi wujud rasa syukur dan bentuk
pengumuman kepada khalayak bahawa si Fulan dan Fulanah berkahwin,
berubah menjadi ajang hiburan yang di dalamnya ada hal terlarang.
Diputarnya
muzik-muzik yang diiringi seruling merupakan perkara yang sering
terjadi di masyarakat kita saat walimah atau acara lain. Bahkan sebahagian orang bukan hanya memainkan muzik melalui kaset
namun mengundang band atau elektone dan sebagainya yang secara live
menghadirkan melayan muzik termasuk seruling.
Banyak
acara-acara lain yang juga masuk dalam kerangka "nikmat Allah" tetapi
diisi oleh bermain muzik dengan seruling di dalamnya. Misalnya khitanan dan kesyukuran. Persis seperti yang dilarang Rasulullah dalam hadis tersebut.Suara tangis keras ketika musibah
Siapapun yang terkena musibah, berperikemanusiaan jika ia bersedih dan berduka. Bahkan menangis sekalipun. Namun yang dilarang oleh Rasulullah adalah menangis dengan suara keras. Meraung-raung. Meratap.
Umat Islam dituntun untuk bersabar ketika menghadapi musibah. Baik ketika kehilangan ahli keluarga, ada bencana maupun bentuk-bentuk musibah lain. Menangis meraung-raung merupakan tanda bahawa kesabaran masih belum muncul ketika menghadapi musibah.
Wallahu a'lam bissawab.
