Hukum Memutuskan Silaturahim, Berdosa Besar.. Kalau Left Group Whatsapp, Jangan Terkejut Dengan Hukumnya..







SHAH
ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim ... putus
silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau
putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group'
bukan sampai tahap begitu," demikian
penjelasan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak 'left group' WhatsApp.





Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak 'left group'
mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak
menimbulkan sebarang andaian yang negatif.





" 'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak
suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa
kumpulan itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak kumpulan.





"Cuma
sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu
sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya ... Bila
kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'left group'
tiada masalah," katanya ketika menjadi
panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan
Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.





Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial
menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan
perkara-perkara yang baik melaluinya.





"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang
ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh
dikongsi di media sosial," katanya.





Sumber: Sinar Harian


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post