Info Menafaat : Amalkan Doa ini,7 Doa Terbaik Untuk Anak-anak Berjaya Dunia Akhirat!!!







Doa Terbaik Untuk Anak





Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.





Bagi
yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang
boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan
dan juga sikap menghormati orang tua.
Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.





Tetapi, sejauh mana kita boleh mematau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.





1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil





Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19





"Allah
Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi
Maha Kuasa ".





Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.





Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.





2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh





Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:





"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya."





Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman' berulang-ulang.





Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, 'Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). "Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.





3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal





Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud





"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan
zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku."





Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud





"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah
kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."





4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat





Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.





"Ya
Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang
tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan
kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang
mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat
).





Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.





5. Doa anak taat perintah Allah





Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;





Surah Al-Baqarah ayat 128.





"Ya
Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini
. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.





Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.





6. Doa agar anak dengar kata





Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.





"Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.





Atau Al-Hasyar ayat 22-24





"Dialah
Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang
tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang
Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara
,
yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan,
Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang
Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai
Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di
bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.





7. Doa memohon rahmat dan keberkatan





Jika
surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk
meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya
hasilnya akan lebih baik.
Bolehlah amalkan surah di bawah ini.





Surah Al-Imran ayat 8-9






"Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.


akhir kata





Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.





Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post