MasyaAllah !!! Rasulullah SAW Melarang Kutuk Mengutuk Sesama Muslim.







Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu
Mas'ud maksudnya: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan
membunuhnya termasuk kafir."





Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Mengutuk seorang mukmin itu
seperti membunuhnya." (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis
riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)





Nabi
SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat
seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu
pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang
lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak
memenuhi sasarannya,
ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya. "





(Hadis Riwayat Abu Daud)





Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Tidaklah para pelaknat itu dapat
jadi penolong dan saksi di hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim dan Abu
Daud)





Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)"





(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)





Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang
suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang
yang suka bercakap keji."





Dari
hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama
muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat
itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya.
Sehingga
kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya
ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba
tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang
dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.
Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan
menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar
mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.





(Sumber:
Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA
ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post