SEBARKAN! Inilah 6 Ciri-ciri Dosa Yang Sukar Diampuni Allah SWT,Ingat Lah Peringatan Ini,Sila Beribadah Taubatan Nasuha.







Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.





1- Makan harta anak yatim secara haram.





(Untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar
kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim
tersebut. Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh
bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak
memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus)
.





2- Menuduh wanita solehah berzina.





(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada
wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka
terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah
SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak
terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT).





3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.





(Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang
lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan
Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut).





4- Melakukan sihir.





(Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik
kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT
melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada
kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya).





5- bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.





(Dosa
syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,
percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini
tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah
Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah
Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang
hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).





6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.





(Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah
kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah
mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek
Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).





Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M / S: 532


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post