Baca Dan Fahami : Hukum Bagi Orang Yang Puasa Tetapi Tidak Menunaikan Solat, Apakah Sahkah Puasanya? Ini Jawapan Dan Hukumnya.







soalan:





Apa hukum orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat? Adakah puasanya sah?





Jawapan:


Yang benar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kufur akbar. Puasa dan ibadah-ibadah lainnya tidak sah sampai ia bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hal ini berdasarkan firman-Nya,





ولو أشركوا لحبط عنهم ماكانوا يعملون


"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan." (Qs. Al-An'am: 88).





Dan berdasarkan ayat-ayat serta hadis-hadis yang lain semakna.





Sebahagian ulama menyatakan, bahawa hal itu tidak menyebabkan kafir
dan puasa serta ibadah-ibadah lain tidak batal jika ia masih mengakui
kewajipan-kewajipan tersebut, ia hanya termasuk orang-orang yang
meninggalkan solat kerana malas atau meremehkan.





Yang
benar adalah pendapat yang pertama, yaitu kafirnya orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja walaupun mengakui kewajibannya.
Hal ini berdasarkan banyak dalil, di antaranya adalah sabda Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam,





إن بين الرجل و بين الشرك والكفر ترك الصلاة


"Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikan dan
kekufuran adalah meninggalkan solat." (Dikeluarkan oleh Muslim dalam
kitab Shahih-nya dari hadits Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhu.





Dan sabda beliau,


العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة, فمن تركها فقد كفر


"Perjanjian antara kita dengan mereka adalah shalat, maka barangsiapa
yang meninggalkannya berarti ia telah kafir." (Dikeluarkan oleh Imam
Ahmad dan keempat penyusun kitab Sunan dengan sanad sahih dari hadits
Buraidah bin al-Husain al-Aslami radhiallahu 'anhu.





Sumber: konsultasisyariah.com


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post