Setiap
manusia memiliki watak yang berbeza-beza. Ada yang lembut, ada juga
yang keras. Namun sebagai orang tua tidak harus mencari berbagai alasan
ataupun marah, berteriak dan berdebat dengan putera-puteri anda yang
aktif, cerdas dan pandai berkata. Karena orang tua yang bijak cukup
hannya mengulangi perintahnya dengan lembut, ramah dan tenang.
Semua
hal yang belum diketahui oleh buah hati Anda tentang apa itu kewajiban
mentaati kedua orang tuanya adalah sesuatu yang wajar. Maka Anda harus
sabar menghadapinya kerana akan jadi sikap yang kita anggap membangkang
kerana anak tidak melaksanakan perintah Anda adalah kerana mereka tidak
faham dengan maksud anda. Berdasarkan pengalaman, ada beberapa faktor
yang membuat anak Anda tidak patuh pada perintah Anda;
Cara
memberi perintah Perintah yang mengambang membuat anak tidak tahu maksud
yang anda inginkan. Misalnya perkataan anda pada anak, “Bereskan katil
mu, jadilah anak yang sopan dan jangan nakal”. Contoh seperti itu adalah
perintah yang mengambang dan tidak jelas. Anak tidak faham dengan
maksud kata sopan dan nakal. Itu yang membuat anak anda terkesan nakal
dan membangkan di mata Anda. Oleh kerana itu perintah anda harus jelas.
Misal, apabila Anda memerintah
untuk membersihkan katil, maka
Anda akan membahagikan tugas-tugas tersebut menjadi tugas kecil. Misal,
“rapikan tempat tidur mu, sapu lantai bilik mu”. Dan begitu juga ketika
Anda meminta anak anda untuk bersikap sopan dan tidak nakal maka anda
juga harus mendeskripsikan kata sopan dan nakal kerana anak anda tidak
memahami itu. Misal, ketika anda mengajak anak anda bertamu tiba-tiba
dia lari-lari di ruang tamu dan tidak sengaja melanggar kerusi yang ada
di sana. Maka jangan katakan “yang sopan nak, jangan nakal”. Tapi
katakan kepadanya, “silakan duduk dengan tenang”.
Tidak menyedari perintah Anda
Terkadang
pada saat Anda berbicara pada buah hati Anda, mereka tidak menaruh
perhatian pada Anda. Misalnya, Anda berbicara pada anak yang sedang
asyik makan, sedang asyik bermain, atau menyemak, dan lain-lain. Dalam
kondisi seperti ini, anak Anda sedang sibuk dan fokus serta kesedarannya
tidak tertumpu pada Anda tetapi mereka sedang fokus dengan apa yang
sedang dikerjakannya. Pada saat itu ia tidak akan mendengarkan ucapan
Anda
dan pasti akan menganggap anak Anda membangkang. Saat anak Anda sedang
sibuk sebaiknya Anda menasihatinya berulang-ulang dan tanyakan padanya
apakah dia tahu bahawa Anda sedang berbicara padanya. Kalau anak masih
belum menyedari ucapan atau maksud Anda, maka sentuhlah ia dengan tangan
lembut agar dia menatap Anda, kemudian mintalah sekali lagi tanpa emosi
dan berteriak.
Waktu yang tidak tepat
Terkadang Anda meminta
sesuatu kepada anak Anda untuk melakukan apa yang Anda perintahkan
dengan segera. Tetapi mereka dalam kondisi yang tidak menginginkan untuk
melakukan hal itu sehingga ia menundanya. Dan terkadang ia pun
menolaknya. Misalkan, ketika anak Anda ada masalah dengan temannya lalu
Anda menyuruhnya untuk meminta maaf dengan segera, dan dia tidak mahu.
Lalu anda mengulangi permintaan
Anda dan terus memotivasinya
tetapi anak Anda masih enggan. Sudah pasti pada saat itu Anda akan
mengatakan bahawa anak tidak patuh dengan perintah Anda. Padahal
penolakan anak Anda adalah kerana dia masih memerlukan masa agar mampu
menerima keadaan dan akan melaksanakan perintah Anda. Kalau Anda ingin
buah hati mampu melakukan semua yang Anda instruksikan kuncinya hanyalah
sabar dan menunggu ia siap untuk melakukannya.
