soalan:
Adakah darah yang keluar dari gusi orang yang berpuasa boleh membatalkan puasa?
Jawapan:
Darah
yang keluar dari gigi (gusi) seseorang tidak membatalkan puasa, tetapi
dia harus berhati-hati sedapat mungkin agar tidak menelannya. Begitu
juga jika keluar darah dari hidungnya (mimisan) asal tidak berusaha
menelannya, hukumnya tidak membatalkan puasa dan tidak wajib meng-qadha
'. (Tuntunan Tanya Jawab Akidah, Shalat, Zakat, Puasa dan Haji (Fatawa
Arkanul Islam), Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah,
2007)
Nota: Menelan Ludah Tercampur Darah
Syaikh Ibn Baz juga ditanya tentang orang puasa yang menelan ludah, yang ada rasa darahnya. Beliau menjelaskan:
Untuk ludah maka dibolehkan menelannya. Seseorang menelan ludahnya, hukumnya tidak mengapa ... .Akan tetapi
jika dalam ludah tersebut kecampuran sesuatu, seperti sisa makanan di
sela-sela gigi, baik daging, roti, buah, atau darah ketika gosok gigi,
maka dalam hal ini boleh diperincikan:
Pertama, jika dia mengetahui hal itu maka tidak boleh dengan sengaja menelannya, namun wajib meludah keluar.
Kedua,
jika dia tidak tahu, tetapi ... dia anggap seperti ludah biasa,
kemudian selepas ditelan dia mmerasakan ada darahnya maka tidak
membatalkan puasanya. Kerana dia tidak sengaja. Hal
ini sebagaimana orang yang berkumur atau menghirup air ke dalam hidung,
tiba-tiba tidak sengaja ada yang masuk ke kerongkongannya. (Fatwa Syaikh Abdul Aziz: http://ift.tt/2qUygOJ)
Sumber: konsultasisyariah.com
