Sebagai
Islam, mendirikan solat lima waktu adalah undang-undang yang perlu
dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin
kehidupan kita di akhirat nantiWalaupun ada sebilangan kita yang alpa,
namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat
bekalan di hari mati esok.
Terdetik penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya
kita tentang menjaga solat serta hubungan kita dengan ALLAH.
Mungkin
sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf mengenai hukum-hukum
solat ketika mendirikan solat.Kisah bermula apabila penulis singgah di
sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar.Solat
Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.
Tergopoh-gapah
penulis mengejar masa untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen
minyak tersebut.Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di
dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang penuh
bertelekung.Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat
Maghrib.Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam
yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.
Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan
Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa.Tidak sampai tiga
minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran.
Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka
bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaran.Penulis yang
berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku.
Tertanya-tanya sendiri.Bukankah solat itu sepatutnya ditubuhkan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?
Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita denganNYA.Sebagai
hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan
urusan ibadah kita kepadaNYA.Beberapa hari selepas kejadian tersebut
berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz
bagi bertanyakan perihal tersebut.
Dr
Mohd Azhar Abdullah namanya.Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra,
menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan
tersebut.Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan
sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah.
Bagaimanapun
mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala
wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan
solat. "Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas
usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita
melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.
"Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut
akan menyebabkan 'tercicirnya' lelaki tersebut daripada jemaah yang
bakal menunaikan solat bersama-sama." Bagi kaum wanita pula, adalah
sebaiknya menunggu azan selesai, kemudian baharulah solat dikerjakan,
"katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan
hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah tersebut. "Islam tidak
menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan
menyebabkan makruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara
yang ALLAH tidak suka.
"Kita
akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan
masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala
itu tidak cantiklah," katanya lagi.Jelas beliau lagi, solat yang
didirikan dipenghujung masa sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga
masih dikira sah. "Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba
azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada
sebab untuk menghentikan ibadah.
"Solat
masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama
ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang
pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama 'ninah seketika
dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada, "jelasnya.
