Foto sekadar hiasan. Setiap tahun, pasti akan ada yang tidak sabar menunggu ketibaan bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa merupakan suatu tuntutan yang wajib dilakukan.
Namun, sehingga kini masih ada lagi yang belum mengerti pengertian di bulan Ramadhan penuh berkah itu.
Aku antara darinya. Pengalaman lampau membuatkan aku berubah, Allah SWT telah membuka pintu hati ini. Dan, aku telah menyesal di atas segala yang telah berlaku. Ini cerita aku.
Selepas aku tamat persekolahan, aku tergesa-gesa mencari peluang untuk menyambung pembelajaran aku. Aku ingin mencari tempat yang jauh dari semua orang termasuk keluarga aku. Aku ingin keluar dari rumah keluarga aku. Aku tidak mahu menetap bersama dengan mereka lagi.
Nasib menyebelahi aku, aku telah mendapat tawaran belajar di UiTM Shah Alam. Jadi, aku terus terima. Tinggal di dorm yang telah disediakan. Aku tak sedar betapa mak ayah aku sedaya upaya mencari duit hanya untuk aku sambung belajar. Aku tak sedar dan tak ambil peduli. Aku ingin tinggalkan mereka berdua.
Aku bertolak dari Perlis menaiki kereta pak cik aku. Mak ayah aku menangis melihat pemergian aku. Tapi, aku tak peduli. Aku memang nak berambus dari situ.
Pak cik menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke sana disebabkan pada hari yang sama dia juga ingin pulang ke Kuala Lumpur demi kerjanya. Semasa dalam perjalanan, kami tak banyak berborak disebabkan aku memilih untuk tidur. Aku insan yang tidak pernah bersyukur. Aku tak pernah suka dengan keluarga aku sejak kecil lagi.
Apabila aku sampai di UiTM, pak cik aku tidak terus beredar. Dia menguruskan pendaftaran aku, dia temankan. Walaupun aku terasa semak tapi aku terasa seperti aku bersyukur sebab dia ada temankan. Walaupun aku ni lelaki, tapi tak semua benda aku tau.
Selesai pendaftaran. Aku di bawa pergi melawat kawasan dorm dan bilik yang aku akan menetap nanti. Ketika ini, pak cik aku menanti di cafeteria. Dia tak dibenarkan menemani aku sehingga ke dormitary.
Selesai semua urusan dan meletakkan barang-barang aku di bilik. Aku pergi ke cafeteria untuk berjumpa dengan pak cik untuk memaklumkan bahawa aku sudah bersedia untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar.
Padahal, dalam hati aku dah cukup girang gila sebab aku akan jauh dari keluarga dan pinjaman PTPTN pun dah lulus. Masa ni aku fikir hanya untuk enjoy.
Aku dan rakan sebilik merancang untuk pergi bercuti dan berhibur semasa semester pertama tamat. Pada malam pertama, kawan aku yang memang lahir di KL, mengajak kami semua pergi berhibur di salah satu kelab malam terkemuka di tengah-tengah ibu kota.
Tapi, entah kenapa. Ketika dalam perjalanan, aku terbayangkan wajah mak dan ayah aku kat kampung. Terdetik perasaan serba salah di dalam hati. Terngiang-ngiang di telinga aku suara ayah dan mak aku sebelum aku bertolak pergi ke sini. Pesanan-pesanan yang mereka berikan bermain di minda aku. Disebabkan itu, aku menjadi sangat murung.
Aku cuma memberikan alasan bahawa aku tiba-tiba rasa tak sihat. Jadi, aku tak dapat nak masuk ke kelab malam bersama mereka. Disebabkan kami sudah jauh, kawan aku cuma menghantar aku betul-betul di taman KLCC. Kemudian, mereka terus menuju ke kelab malam yang ingin ditujui.
Aku duduk melihat pemandangan malam yang ada di sekitar kolam buatan di belakang Suria KLCC. Ramai orang berada di situ. Pelancong. Budak-budak. Mak dan Ayah. Ada sepasang pasangan tua yang membuatkan aku menjadi sayu secara tiba-tiba. Bila aku pandang wajah mereka, aku jadi teringat pada orang tua ku yang berada di kampung.
Kemudian, pasangan bercinta yang berada di sebelah aku mendapat panggilan dari ibu bapanya yang mungkin berada di kampung. Aku terdengar perbualan mereka. Perempuan tersebut menipu bahawa dia berada di Masjid Negara kerana ada program yang dianjurkan oleh pihak Universiti.
Sedangkan dia berada di KLCC bersama teman lelaki berpelukan. Aku yang berada di sebelah tiba-tiba saja terasa serba salah. Aku yang tak ada kaitan dengan hidup mereka, tapi aku yang rasa serba salah.
Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Aku lihat ke bahagian missed called. Semuanya nama mak dan ayah aku. Aku cuba untuk tekan button dial semula. Aku ingin mendengar suara mereka.
Tapi, bila aku kenangkan balik kehidupan aku yang susah ketika berada di kampung. Aku terus membatalkan niat di hati. Aku terus melanggan Uber dan pulang ke dorm sebelum lewat malam.
Menitis air mata aku mendengar doa ayah aku tu. Aku menahan diri agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku mengeluarkan kunci dari dalam poket, aku membuka kunci pintu. Dan aku membuka daun pintu perlahan-lahan.
Aku lihat mak dan ayah masih lagi di atas sejadah sedang menadahkan tangan berdoa untuk aku. Mengalir air mata aku sampai ke baju. Panjang betul doa mereka, hanya untuk aku. Anak derhaka yang tidak pernah berbakti walau sedikit pun terhadap orang tuanya. Anak yang tak mengenang budi. Aku menanti mereka menghabiskan doa.
Setelah mereka selesai mengaminkan doa. Aku terus memanggil mak dan ayah aku tapi tak kuat dan tak perlahan. Kerana aku tak tertahan sendu dan sebak di hati. Mereka berdua tidak menoleh. Aku menjadi hairan. Aku panggil mereka sekali lagi.
“Abang? Abang ke tu?”
Aku dengar dengan jelas suara mak aku menanyakan soalan itu. Dan, aku menjawab,
“Ya, mak..”
Mak aku menoleh ke arah aku. Dan sebelum sempat dia bangun aku terlebih dahulu meluru ke arahnya dan memeluk erat tubuh mak aku. Aku melepaskan segala-galanya. Segala rasa bersalah dan segala rasa sedih yang terkandung di dalam hati.
Aku meminta maaf kepada mak aku di atas segala kesilapan aku. Kemudian, aku memeluk tubuh ayah aku. Ayah aku menahan dari menitiskan air matanya, tetapi saat aku memeluk tubuhnya. Dia mengalirkan juga air matanya.
Pagi itu kami berbual panjang. Tidak pernah aku berborak begitu bersungguh-sungguh dengan orang tua aku sepanjang hidup. Terasa seperti aku kembali ke zaman budak-budak. Di beri perhatian. Memang mak dan ayah aku sentiasa berikan perhatian. Tapi, aku yang tidak sedar.
Mak aku memasak sarapan pada pagi itu. Dan, kami sekeluarga makan bersama. Sambil makan sambil berbual. Aku terasa seronok sekali. Sakit pinggang akibat memandu lama bagaikan tidak terasa. Meluangkan masa bersama keluarga menghilangkan semua itu.
Kemudian, kawan ayah aku datang ke rumah untuk menjemput ayah aku pergi melakukan kerja di kebun. Aku mempelawa dia untuk bersarapan bersama. Tapi wajah dia berubah ketika dia melihat kami sekeluarga sedang menjamu selera.
“Woi! Korang tak puasa ke!?
Aku, mak, dan ayah saling berpandangan sesama sendiri.
Tamat.
