Baca Dan Fahami : Inilah Empat punca hidup tidak tenang.







Dalam
kehidupan hari ini yang serba mencabar, tidak mustahil kita akan
mengalami tekanan bila berhadapan kerenah manusia sama ada di rumah, di
tempat kerja dan anak-anak.
Bersama ini, dikongsikan di sini petua untuk mengelak tekanan dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang.





Menurut Ustaz Zahazan, ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan dan empat perkara itu adalah:





Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.


Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: "Bismillahi 'ala nafsi wamali wadini. Allahumma
raddhini biqodho ika Wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta'jila
ma akkharta wala takkhira ma 'ajjalta. "(Maksudnya: Dengan nama Allah
atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela
dengan apa-apa yang Engkau tentukan
dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan
kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan
perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).





Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.


Allah
SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: "Dan juga
orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa
mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah
, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah
lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). "





Ketiga: Bersikap iri hati, dendam dan dengki





mempunyai sikap iri hati sesama manusia serta muncul perasaan senang
untuk membalas dendam kepada mereka dan dengki atas anugerah yang Allah
berikan kepada mereka.





Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa 'ayat 54 yang bermaksud:
"Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah
berikan kepadanya."





Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu,
kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai
mana api itu dapat menghabiskan kayu api."





Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.





Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: "Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan
himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta."





Demikian empat perkara disebut 'Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang. Wallahua'lam.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post