Para ulama membahagikan Tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda kecil dan ada Tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.
Alhamdulillah, Allah sayang sama umat manusia. Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar berdatangan.
Tanda-tanda
KiamatBanyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia dewasa ini berada
di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana
di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil
yang muncul.Praktikal hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang
disebutkan oleh Nabishollallahu 'alaih wa sallamsudah muncul semua di
zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu.
Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun
sebahagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus
datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat
dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksudkan ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.
Kedatangan
Imam MahdiDalam sebuah hadis Nabi shollallahu 'alaih wa sallam
mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan
kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi
dunia seluruhnya.
Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para
penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak
Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima yaitu tegaknya kembali
kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau kaedah Kenabian.
لو
لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله ذلك اليوم حتى يبعث فيهرجل من أهل
بيتي يواطئ اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبييملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت
ظلما وجورا "Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan
hari itu sehingga diutuskan kepadanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya sama namaku dan nama ayahnya sama nama ayah saya. Ia akan
penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya
dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan. "(HR abu Dawud 9435)
Lelaki keturunan Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah ...!
Beliau
tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui
perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah
atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi
dengan mengandalkan sekedar "permainan kotak suara" ..! Imam Mahdi akan
mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun 'ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh
Nabi Muhammadshollallahu' alaih wa sallamdan para sahabatnya, yaitu
melalui al-jihad fi sabilillah.
Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan
(Para Penguasa Diktator) yang telah lama bercokol di berbagai
negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan
manusia kepada sesama manusia.
Bila
Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang
dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola
kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada
Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan -subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.
تغزون
جزيرة العرب فيفتحها الله ثم فارس فيفتحها اللهثم تغزون الروم فيفتحها
الله ثم تغزون الدجال فيفتحه الله "Kalian perangi jazirah Arab dan Allah
beri kalian kemenangan. Kemudian Parsi (Iran), dan Allah beri kalian
kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan.
Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan. "(HR
Muslim 5161) Tanda kedatangan Imam MahdiLalu apa sajakah indikasi
kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadis Nabi shollallahu 'alaih wa sallam memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua-dua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.
أبشركم
بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناسوزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا
كما ملئت جورا وظلما "Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang
diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan
antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman. "(HR Ahmad 10898)
Hadits
berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam
Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.Pertama, perselisihan
berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.Kedua, dibai'atnya
seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah.Ketiga,
terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua
orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka
perintah untuk menangkap Imam Mahdi.
يكون
اختلاف عند موت خليفة فيخرج رجل من أهل المدينة هاربا إلى مكة فيأتيهناس
من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره فيبايعونه بين الركن والمقامويبعث إليه بعث
من أهل الشام فيخسف بهم بالبيداء بين مكة والمدينة "Akan terjadi
perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang
lelaki dari penduduk Madinah
mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini
beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi
secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di
depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah. "(HR Abu Dawud 3737)
analisa
PemerhatiSaudaraku, sebahagian pengamat tanda-tanda akhir zaman
beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu
perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang
pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah meninggal dunia itu?
Sebahagian spekulasi bahawa yang dimaksudkan adalah Saddam Husein (atau Raja Abdullah?). Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berpanjangan. Wallahua'lam bish-showwab.
Bila
analisa ini benar bermakna dewasa ini kita sudah perlu bersiap-siap
untuk berlangsungnya pembai'atan paksa Imam Mahdi di depan
Kaabah.Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah berlaku, bermakna
Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahawa Imam Mahdi
telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir .. Dan bila ini telah
menjadi jelas kita pun terikat dengan pesan Nabi shollallahu 'alaih wa
sallam sebagai berikut:
فإذا
رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي "Ketika
kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'at-lah dengannya
walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia
adalah Khalifatullah Al-Mahdi." (HR Abu Dawud 4074)
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya
Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam
Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman (hidup
mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Aamiin ...
