Baca Dan Fahami : Inilah Hukum Bagi Orang Yang Suka Melintasi Dihadapan Orang Tengah Bersolat.







Afwan. Saya ingin bertanya mengenai hukumnya jika seseorang melintas di
hadapan orang yg sedang solat dan ketika itu tidak mengetahui ada
seseorang yang sedang solat kerana tidak ada pembatasnya.





Syukran Jawapan:





Melintas di hadapan orang yang solat tidak dibolehkan, berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:





"لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه من الإثم لكان أن يقف أربعين
خيرا له من أن يمور بين يدي المصلي" "Jika sengaja orang yang melintas di
hadapan seseorang yg sedang solat tahu apa yg akan dia dapatkan dari
dosa,


nescaya ia berdiri menunggu sahaja sehingga orang tersebut selesai solat lebih ia sukai daripada melalui di hadapannya "





40: boleh saja hari, bulan, atau tahun.





Apabila
Seseorang yang solat tidak memakai sutrah / pembatas maka jarak yang
boleh dilalui oleh seseorng di hadapan orang yang solat tersebut
mengikut jarak kepalanya ketika ia sujud, atau sesuai batas garis
sejadah yang ada di hadapannya sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh
Ibnu 'Utsaimin dan lain-lain
. Wallahu a'lam


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post