Info Menafaat : Tatacara Mandi Wajib Atau Junub Yang Betul.







Mandi wajib ini
perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut
dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam
kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang
datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah
nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.





Mandi
wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah
belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was
sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga
perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda





Sebab Perlu Mandi Wajib


Setiap
apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib
ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa
kita untuk melakukannya.


Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).


Keluar mani walaupun sedikit.


Mati melainkan mati syahid.


Keluar haid bagi perempuan.


Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).


Wiladah atau melahirkan anak.





Rukun Mandi Wajib


Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah


Niat


Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)


Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.





Jenis Niat Mandi Wajib





1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas


“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.


“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.


2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri


“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.


3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas


“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.








Sunat Ketika Mandi Wajib


Sunat
adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat
pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.


mengadap kiblat


membaca basmalah


membasuh dua tapak tangan


mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi


menggosok seluruh anggota badan dengan tangan


berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus


tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan


membasuh sebanyak tiga kali





Cara-cara Mandi Wajib


Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.





Bersihkan
tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh
menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas
ini.





Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk
dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki
lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak
dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.





Duduk
bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua
anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan
sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi
masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua
bahagian anggota badan.





Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam
bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam
bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.





Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.





Mulakan
mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan
dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di
bahagian fardhu mandi.





Gosok atau sapu di semua anggota badan
yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut,
tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki,
pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya.
Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.


Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post