Info Solat : Mesti Baca !!! Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat.







WAJIB BACA - Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat


Topik hari ini: Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat





Perasan
atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau
menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada
yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok
bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.





Kedudukan
yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari
kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu
jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari
kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh
menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi
mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah
melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar
melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.





Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?


Jawapan:
Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak
meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah
solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan
kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post