Dunia ini Hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?
عن
أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن
وجنة الكافر»Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan
syurga bagi orang kafir." (HR. Muslim no. 2392)
Imam Nawawi
rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, "Orang mukmin
terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang
diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk
melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu.
Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan
kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari
sifat kurang.
Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit
atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab
(siksa) yang kekal abadi. "Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah
Al-Mafatih menjelaskan, "Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin
terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan
orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. "
Jadi
bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah
penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.
