Mesti Baca Dan Fahami : Ibu, Anak Menyusu Dan Sahur.






Alhamdulillah, beberapa jam lagi tetamu agung kita setiap
tahun akan tiba. Ia merupakan hadiah istimewa dari Allah S.W.T buat
semua umat Islam.





Setiap amalan dilipatgandakan pahala, semua
pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, azab kubur
diringankan, syaitan dirantai, doa dimakbulkan. Tidak cukup dengan itu,
Allah kurniakan pula malam lailatulqadar, malam yang bersamaan dengan 83
tahun, beruntunglah bagi sesiapa yang menghidupkan Ramadan.





Saya
teringat ketika waktu kali pertama menjadi ibu, pengalaman berpuasa
dengan anak sulung yang baru berusia 3 bulan buat pertama kali sudah
tentu merisaukan saya. Risau susu tidak cukup buat anak, risau tak mampu
meneruskan puasa dan bermacam-macam lagi yang dirisaukan.





Walaupun
ibu mengandung dan menyusu punyai ‘rukhsah’ untuk berbuka puasa, namun
selagimana ia tidak memudaratkan, perlu juga ambil keazaman untuk
berjuang di bulan jihad. Bagi melegakan kerisauan, saya cuba bertanya
pengalaman ibu-ibu yang lain, banyakkan membaca dan juga mendengar
tips-tips yang dikongsi buat ibu yang ingin berpuasa ketika menyusukan
anak.





Antara perkara paling utama yang saya lakukan ialah, ketika
waktu sahur, saya kejutkan juga anak kecil saya supaya dia dapat
menyusu pada waktu tersebut. Ini tips yang saya dapat daripada ceramah
Sheikh Wajdi Ghoneim. Kenapa waktu sahur istimewa? Sebab Rasulullah
s.a.w telah bersabda:





تسحروا فإن في السحور بركة


“Bersahurlah, maka sesungguhnya pada waktu sahur itu ada keberkatan.”





Jadi
para ibu yang menyusukan anak, boleh cuba tips ini. InshaAllah, susu
yang diberi pada anak ketika waktu sahur juga berkat. Alhamdulillah,
selama 2 tahun menyusukan anak belum pernah lagi berbuka kerana tidak
larat berpuasa apabila mengamalkan tips ini, selain daripada mengamalkan
tips berpuasa yang lain.





Namun begitu, sekiranya ibu yang
berpuasa dan menyusukan anak perasan bayi tidak aktif, menangis tidak
berhenti, warna air kencing bertukar oren/merah jambu, bayi kurang
kencing, atau berat badannya turun seminggu setelah ibu berpuasa, lebih
baik sekiranya ibu tidak meneruskan puasa kerana ditakuti memudaratkan
anak.





Saya berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan membantu kita melaksanakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan ini.





Sarah Amran

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post