KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang pelik meskipun di zaman moden ini.
Malah
ada manusia yang sanggup menjadi pembunuh dengan meminta pertolongan
daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia lain
menggunakan cara halus begini.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh
sakit disebabkan sihir santau pula, tak semestinya orang biasa malah
ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama pun kadangkala dijadikan mangsa
oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nafsu.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau.
1996
Saya
dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke
rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja
lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar.
Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang,
anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah,
dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan
berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka..
padan muka”.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia
sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..
Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit
saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk
berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua
dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan
dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati
saya kata “sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal
kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan
berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali
pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah
kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997
Kesakitan
akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan
kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu,
gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah
untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya
sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan
Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju
putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa
potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok
seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam
mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar
mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah,
mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy
gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun
dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk
berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi saya mandi pada sebelah
petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak
nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang
anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998
Saya
pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok
angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya,
orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia
jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak
berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang,
saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi
saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang
aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai
sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk
saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya
(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam
dihati, Alhamdulillah.
2001
Ketika itu menjadi Imam di Masjid
Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila
saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya,
bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi
dalam pinggan berulat.
Saya
tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut
sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen,
meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang
mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini
paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di
sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..
berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang
membantu.. saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’
Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu
membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang
berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya
deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita
pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar
sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.
Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana
mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam
apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri
anta sendiri..”
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak
boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun
dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari
Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis
manusia ini… Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat
belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan
Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan
masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong
saya.
