Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM.







Cara Solat Jamak


Tentu ramai yang sedar diri mereka
berstatus musafir ketika berhenti di Hentian R&R Lebuhraya untuk
menunaikan solat, namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang
Solat Jamak dan Qasar. Biasanya di R&R juga ada sediakan panduan
ini di dinding surau tapi setiap kali singgah kita baca, kemudian lupa.
Singgah lagi, baca dan lupa lagi mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita
akan selalu lupa.





Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan,
kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak
jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah
panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil
menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.


Cara Solat Jamak








Apabila
bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara,
kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak
biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian
agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber
yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.





Apa Itu Solat Jamak?





Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:





1.
Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu
Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.





2.
Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu
Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.








Apakah Syarat Solat Jamak?





Untuk solat jamak taqdim:





1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.





2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.





3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.





4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.





5.
Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib)
berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).





Untuk solat jamak taakhir:





1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.





2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.








Bagaimana Cara Dan Contoh Niat Solat Jamak?





Untuk jamak taqdim:


1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat





أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)





2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar





أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)





Untuk jamak taakhir:


1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat





أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)





2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar





أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post