SubhanAllah !!! Info Menafaat : MAMPUKAH kita jawab 5 soalan di dalam kubur nanti?Ini Jawapan Perlu Kita Fahami.







MAMPUKAH kita jawab 5 soalan di dalam kubur nanti?





Setiap
yang hidup akan mati, dan setiap yang mati akan dibangkitkan semasa di
Padang Masyar. Adakah kita golongan ahli Syurga atau golongan ahli
Neraka. Kita yang tentukan sama ada di Syurga atau di neraka selepas
kehidupan di alam barzakh.Setiap muslim yang hidup di dunia ini perlu
tahu apa soalan-soalan cepumas yang akan ditanya dan semua jawapan
tersebut telah kita ketahui. Yang kita tidak ketahui adalah dapatkah
kita menjawab semua persoalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar dan
Nakir.





Rasulullah saw bersabda: "Apabila si mati dikuburkan,
datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah
satu di antaranya disebut dengan nama" Munkar "dan yang satu lagi
disebut dengan nama" Nakir ", (lalu keduanya mendudukan si mati itu
setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka
menyoalnya: Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?





Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya
kepadanya: Apa yang engkau pernah sembah?Maka kalau Allah memberi
hidayah petunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: Aku
menyembah Allah!Kemudian ia ditanya lagi: Apa yang engkau pernah katakan
mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?





Dan pada satu riwayat yang
lain, oleh Abu Daud juga:Mereka menyoalnya dengan berkata: Siapa
Tuhanmu?Ia menjawab: Tuhanku ialah Allah!Mereka bertanya lagi: Apa agama
mu?Ia menjawab: Agamaku ialah Islam!Mereka bertanya lagi: Siapa dia
orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu ?.





Maka kalau si
mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: Orang itu
(Muhammad saw) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta
meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan
Rasul-Nya! .





Mereka berkata kepadanya: Kami sedia mengetahui
bahawa engkau mengakui yang demikian.Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud
bahawa Baginda saw bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit
katanya: Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta
bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga. "





Rasulullah s.a.w
bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan
keharumannya; kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta
persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian
dikatakan kepadanya: Tidurlah! Lalu ia berkata: Bolehkah aku balik
kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku ?.





Dua
Malaikat itu berkata kepadanya: Tidurlah seperti tidurnya pengantin
yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya
itu.





Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan
Malaikat itu dengan katanya: Aku dengar orang berkata demikian, maka aku
pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.





Lalu dua Malaikat itu berkata: Memang kami tahu engkau berkata demikian.





Dan
menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari
langit katanya: Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari
Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke neraka.





Rasulullah
s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang
Neraka dan udara panasnya; kemudian diperintahkan bumi supaya
mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang
rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah
bangkitkan dia dari kuburnya. "(Abu Hurairah r.a).


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post