Kaum Adam Mesti Baca Dan Fahami !!! Inilah Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Berturut-Turut.







الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه





(Dengan
nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para
pengikut Baginda)





Hari Jumaat adalah hari yang paling agung
daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam
sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya
Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir
Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:


ِ


Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala
sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar
di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”





(Hadits riwayat Ibnu Majah)





Sembahyang
fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang
merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan
mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam
al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:





Tafsirnya:


“Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat)
dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”


(Surah al-Jumu‘ah: 9)





Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah





Mereka
yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan
sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat
seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh,
sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau
sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan
menyebabkan mayat menjadi busuk.





Namun bagaimana pula dengan
orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang
keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu
Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar
perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali
berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang
munafiq.





Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:





Maksudnya:


“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”


(Hadits riwayat Ibnu Hibban)





Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:





Maksudnya:


“Barangsiapa
yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia
telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”


(Hadits riwayat Abu Ya‘la)





Diriwayatkan
daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak
bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:





Maksudnya:


“Aku
menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang
dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar
rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”





(Hadits riwayat Muslim)





Oleh
itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat
janganlah sekali-kali meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan
ada keuzuran syar‘i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar perintah
Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga
kali berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post