Asalamualaikum,
disini admin ingin kongsikan satu cerita kisah isteri yang sangat
solehah dimana jenazah seorang ibu yang masih segar meskipun sudah 30
tahun meninggal dan di tanamkan di dalam kubur. Ceritanya bermula
apabila Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya sendiri.
Pada
ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun lamanya.
Dalam mimpi-mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya
memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi
sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur sahaja. Tetapi
anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan
mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar dan sangat wangi.
Subhanallah takbir, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun lamanya.
Sugiyeem
(bukan nama sebenar) telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau.
Anaknya sering bermimpi agar kuburnya ibunya digali dan dipindahkan
berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan
Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Apa yang pelik mayatnya
masih segar bugar cuma agak kering bahkan kain kafan yang membalutii
jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk
setempat dan serata dunia. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu
34 tahun kerana sakit darah tinggi.
Anak sulungnya Subri sering
bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam
suaminya yang tersayang. Penduduk setempat yang mengenali Sugiyeem
semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain
seorang yang sangat pemurah hati dan penyabar.
Banyak hari ini
isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami sendiri. Kadangkala
mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita
berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun isteri mesti menunaikan tanggunjawap
namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga
kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak
dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar
melebehi sisuami.
Seperti mana yang kita tahu Syurga isteri
berada di bawah telapak kaki suami oleh itu suami yang tidak mendapat
layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri
memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas
patut di ambil sebagai iktibar.