Baca Dan Fahami : Berdosakah Marah & Mengutuk Ibu Bapa Dalam Hati Tanpa Meluahkannya? Inilah Jawapan & Hukumnya.







(Adakah
berdosa jika menyimpan rasa marah pada ibu sendiri dan mengutuk ibu
dalam hati tapi saya masih menghormati ibu dan tidak melawan
kata-katanya.)





Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat
sesuatu yang menyakiti perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan
juga melanggar nasihat-nasihatnya. Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu
dalam hati juga termasuk didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia
sama dengan membenci mereka, perkara ini jelas termasuk dalam dosa
besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada tiga macam orang yang
terkena laknat Allah SWT





iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu
bapanya, seseorang yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri,
kemudian setelah isteri dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan
seseorang yang berupaya agar orang-orang mukmin saling membenci dan
saling mendengki antara sesamanya dengan melalui hasutan-hasutannya."
(HR. Ad Dailami daripada Umar ra) Tidak layaklah menyimpan rasa marah
dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat dengan mohon kemaafan
kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah
SWT.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post