Pemuda Berjalan Kaki Setahun Untuk Tunai Haji Kini Berada Di Dubai.






PEKALONGAN (INDONESIA) – Kisah inspirasi seorang
pemuda yang berjalan kaki hampir setahun untuk menunaikan ibadah haji di
tanah suci Makkah kini viral di media sosial di Indonesia.





Pemuda
berkenaan, Muhammad Khamim Setiawan, 29, berasal dari Desa Rowokembu di
Pekalongan, Jawa Tengah dilaporkan memulakan misinya pada 28 Ogos tahun
lalu.





Bapanya, Saofani Solichin berkata, selepas menempuh
pelbagai dugaan kini anaknya sudah sampai ke Dubai di Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) dan meneruskan perjalanan ke Makkah.





“Anak saya
pada mulanya memulakan misi itu dengan seorang rakannya, tetapi belum
pun keluar dari Indonesia, rakannya sudah mengalah dan pulang ke rumah,”
jelasnya.





Jelas beliau, Muhammad Khamim hanya membawa sedikit
wang, namun dia mendapat bantuan dari penduduk di kawasan yang
disinggahi, malah mereka turut menghubunginya bagi memberitahu keadaan
anaknya itu.





“Muhammad Khamim merancang perjalanan ini selama
tiga tahun dengan meneliti tempoh visa lawatan setiap negara dan
berpuasa selang sehari sebagai persediaan.





“Pada mulanya saya
sangsi dengan kemampuan Muhammad Khamim tetapi apabila mengetahui dia
kini sudah sampai ke Dubai, saya yakin dia akan berjaya,” katanya.





Sepanjang
perjalanan itu, Muhammad Khamim berjalan kaki merentasi Malaysia,
Thailand, Myanmar, India, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 





Sumber : Ismaweb

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post